Monday, March 16, 2015

Kerabu Mangga Lagi

 
 Alhamdulillah bertemu lagi kita disini.....asalnya mcm dah malas nak berblog tp dek kerana sayangkan blog ni maka diteruskan juga utk berblog supaya dapat lah Lieza  berkongsi hasil2 masakan yg telah dicuba utk rujukan teman2 dan juga diri sendiri. 
Oklah walaupun mood masih suam suam kuku hari ni Lieza nak kongsi resepi kerabu 
 mangga yg enak dimkn begitu sahaja selain mkn dgn nasi.


KERABU MANGGA Ala CRS

Bahan:
5 bj buah mangga muda
sedikit kapur makan
3 bj bawang merah ~ dihiris halus
3 - 5 bj cili padi hijau dan merah ~ dihiris halus
2 - 3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan

Sagat halus mangga yg dah dibuang kulit dan rendam dalam sedikit air kapur utk merangupkannya.
Bilas bersih dan toskan.
Masukkan kedalam sebuah mangkuk dan masukkan kesemua bahan2 lain.
Gaul hingga sebati dan biarkan sebentar supaya semua bahan2 mesra.
Boleh lah dihidangkan.

* K.Nor tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dari sos ikan


  

No comments: