Tuesday, March 17, 2015

Homemade Tosai




 Ada sesapa yg gemar makan tosai tak....angkat tangan...
Sudah beberapa kali Lieza buat tosai ni menguunakan resepi dari CendanaKasih, sangat sangat berbaloi sbb dapat buat dgn byk...puas makan...gambar yg atas tu Lieza buat kosong sahaja tp utk encik asben Lieza tabur bawang dan telur maka jd lah Tosai Telur bawang....mkn bersama kari ikan or apa2 pun bole ikut selera tekak masing2. 

Bahan Bahan

1 Cawan Ulunthu(gambar rujuk dibawah)
2 Cawan Beras
Segenggam Nasi

(Kalau keluarga yg besar bole guna sukatan yg lebih besar yer cthnya Mug ke manggkuk ke..janji 1 ulunthu 2 beras)

Cara2
  1. Ulunthu dan beras direndam semalaman
  2. Keesokan paginya boleh la di blender bersama segenggang nasi dan sedikit garam sehingga halus. .(Untuk proses ni Lieza nak makan waktu breakfast pada keesokan hari, jadi seawal pagi dlm pukul 9 pagi Lieza dah rendam, dan pada pukul 10 mlm liza blendkan, selesai blend Lieza perap lagi semalaman dan keesokan pagi nya bole di tosaikan) perap sekurang2 8 jam
  3. Adunan ni kalau pekat boleh ditambahkan dgn air yer puan2. adunan tu lebih kurang cam buat kuih apam.

Adunan yg telah diperap  akan ringan dan ada buih2 gitu...
Utk proses memasaknya Lieza buat mcm kita nak melempeng jer...tak ikut cara yg telah di kongsi oleh penyumbang resepi...kiranya derhaka sikit jer
 


Ulunthu ni bole didapati di Giant atau kedai2 India yg jual rempah ratus tu. cari yg putih yg takder kulitnya.


No comments: